Rindu.

Assalamualaikum.

 

*RENUNGAN*

Akan datang satu saat dimana bibir kita tidak dapat lagi bergetar menyebut nama Allah.

Di saat itu kita akan diturunkan ke dalam kubur dan wajah kita dibuka dan diciumkan ke tembok Lahad kubur kita.

Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kaum kerabat.

Di saat itu tidak ada kekasih, di saat itu tidak ada jawatan, di saat itu tidak ada harta dan wang ringgit

Maka di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir, yang mengingati Allah dan Allah mengingatinya, yang merindui Allah dan Allah merinduinya.💚

Tua.

_*SAYA SUKA AYAT2 NI.. MENARIK.. BIARLAH ULANG KALI DIBACA…*_
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

* Renungan bila menjelang tua …

🕌 *Bila kita tua* …

Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah.

🕌 *Bila kita tua* …

Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan2 lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran TUHAN, utk mengagumi keindahan ciptaan-NYA.

🕌 *Bila kita tua* …

Jangan susahkan diri memikirkan anak2 secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda Lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

🕌 *Bila kita tua* …

Luangkan waktu bersama rakan2 lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

🕌 *Bila kita tua* …

Terimalah penyakit apa adanya. Kerana Semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak2, dewasa, tua, sakit & mati

_*Kata2 nasihat*_

*”Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan seperti duit siling, depan lain belakang lain”*.

Jangan ego jangan sombong..
Selamat menikmati masa hidup dengan bahagia …

Ibu.

IBUKU KUAT BOHONG…

1. Ketika makan, jika makanan kurang, Ibu akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, “Engkau makanlah, Ibu tak lapar.”
2. Waktu makan, Ibu akan selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, “Ibu tidak suka daging, kau makanlah, nak….”
3. Tengah malam ketika dia sedang menjaga anaknya yg sakit, ia berkata, “Rehatlah nak, tidurlah…… Ibu masih belum mengantuk..”
4. Bila anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan duit untuk ibu. Ia berkata, “Simpanlah duit tu untuk keperluanmu nak, Ibu masih ada duit.”
5. Ketika anak telah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, dia berkata, “Rumah tua kita tak ada siapa nak jaga, Ibu seronok tinggal di sini…. Ibu tak biasa tinggal di sana.”
6. Bila menjelang tua, Ibu sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi Ibu masih sempat tersenyum sambil berkata, “Janganlah menangis, Ibu tidak apa-apa, cuma sakit sikit aja”.

Ini adalah pembohongan terakhir yg dibuat Ibu. Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, seorang ibu selalu menganggap kita masih anak kecilnya, risaunya ibu teramat sangat tentang diri kita, tetapi beliau tidak mahu anaknya untuk risaukan tentang dirinya.
Semoga semua anak di dunia ini, dapat menghargai setiap kebohongan seorang ibu…!! Kerana beliaulah yang nyata dikirim oleh ALLAH swt untuk menjaga kita.
Terima kasih IBU…. semoga ALLAH swt membalas segala pengorbanan IBU kepada kami dengan SYURGA yang abadi.

Jom kongsi dengan kawan2..

Salam.

“Tujuan Hidup Yang Terlupa.”

Manusia telah melakukan banyak perjalanan sepanjang waktu.

Dari satu negeri kita bermusafir ke negeri yang lain.

Dari satu negara kita mengembara melihat negara yang lain.

Tapi, ada satu perjalanan yang tak pernah dilakukan oleh sesiapa pun.

Tidak ada sesiapa pun.

Kecuali seorang insan istimewa ini.

Dalam kenderaan yang tak pernah dinaiki sesiapa pun.

Melewati jalan yang tak pernah dilalui oleh sesiapa pun.

Menuju tempat yang tak pernah diinjak oleh sesiapa pun.

Itulah perjalanan terulung kekasih-Nya Muhammad Rasulullah saw ke syurga tertinggi.

“Isra’ mikraj”.

Pada perjalanan itu Allah membawa Rasul tercinta ke langit ketujuh.

Tempat yang bahkan tidak dapat dimasuki oleh malaikat Jibril.

.

Dalam banyak-banyak perintah.

Perintah ini paling terpenting.

Allah mahu berbicara sendiri secara langsung dengan Baginda saw mengenai perintah solat.

“50 kali sehari semalam.”

Subhanallah.

Bayangkan kalaulah Nabi saw tidak ‘tawar-menawar’ dengan Allah untuk mengurangkan menjadi 5 waktu.

Apakah kita mampu??

Tidak.

Tetapi itulah intinya.

Itulah gambaran tujuan hidup kita sebenarnya.

Untuk beribadah pada-Nya, sepenuhnya.

.

Namun ramai orang menjalani kehidupan ini sebaliknya.

Hidup tidak berputar mengikut waktu solat.

Menjadikan solat bukan kerja yang paling utama atau terpenting.

Skop kerja di dunia menjadi yang pertama.

Solat menjadi yang kesepuluh ataupun yang terakhir.

‘Solat seperti tidak solat’.

‘Solat hanya di akhir waktu’.

‘Solat tidak mengapa boleh diqada”

Hingga akhirnya solat tinggal menjadi ritual yang tidak ada ‘jiwa’ dan tiada ‘rasa’.

Hilang semua rasa cinta.

Hilang komunikasi terpenting dengan Rabbnya.

Hilang jiwa seorang hamba. Khusyuk, tunduk, khudu’ yang sepatutnya.

Terhakis dengan terpenuhi kelalaian dan keasyikan pada fana dunia.

Akhirnya hati sakit dan merana, tiada rasa bahagia walau senyuman terukir di bibir menjadi lakonan semata.

.

Iman bukan sekadar kata-kata.

Bahkan dibuktikan dengan amal perbuatan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solat.

Jika solatnya baik, akan baik pula seluruh AMALNYA.

Jika solatnya rosak, akan rosak pula seluruh amal perbuatannya.”

(HR. Tirmidzi)

“Kita memberi makan tubuh kita, kerana jika tidak kita akan mati.

Tapi begitu banyak orang yang membiarkan jiwanya kelaparan.

Lupa bahawa jika kita tidak mengerjakan solat, jiwa kita akan mati.

Dan ironinya, tubuh yang kita rawat bersifat sementara, sedangkan jiwa yang kita abaikan justeru bersifat abadi.”

-Yasmin mogahed-

*Salam Isra’ Mikraj*